As technology becomes ubiquitous in society, there is increasing momentum to incorporate it into education. Therefore, the purpose of this study is to find out the elements needed in integrating technology as a tool for design thinking-based learning. This study is a quantitative study with Fuzzy Delphi method. The data was gathered using questionnaire. Verification is done by 18 experts in the field of education, educational technology and design thinking. The study found that expert consensus on all element is more than 75% with threshold value (d) ≤ 0.2. This suggests that these eight elements are needed in integrating technology as a tool for design thinking-based learning. Nurulrabihah Mat Noh et al. 130 Abstrak: Apabila teknologi menjadi penting dalam kehidupan masyarakat, terdapat gesaan untuk mengintegrasikan teknologi ke dalam pendidikan. Justeru kajian ini bertujuan untuk melihat elemen-elemen yang diperlukan dalam mengintegrasikan teknologi sebagai wadah dalam pembelajaran berasaskan pemikiran reka bentuk. Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kajian kuantitatif dengan teknik Fuzzy Delphi. Pendekatan yang digunakan untuk mengumpul data kajian adalah menggunakan instrumen soal selidik. Bilangan pakar yang terlibat adalah seramai 18 orang dalam bidang pendidikan, teknologi pendidikan dan pemikiran reka bentuk. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kelapan-lapan elemen diterima oleh pakar dengan peratus konsensus melebihi 75% dengan nilai ambang (d) ≤ 0.2. Ini menunjukkan bahawa kelapan-lapan elemen ini diperlukan dalam mengintegrasikan teknologi sebagai wadah dalam pembelajaran berasaskan pemikiran reka bentuk. Kata Kunci: teknologi, pemikiran reka bentuk, pendidikan, ICT, Fuzzy Delphi PENGENALANRevolusi Industri 4.0 memerlukan negara melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital untuk kekal berdaya saing. Walaupun perkembangan pesat teknologi mengubah cara kita berfikir, bekerja, bermain dan berhubung antara satu sama lain tetapi menurut Robinson (2011), banyak di antara kita masih berada di zon selesa yang masih mengamalkan cara pemikiran lama. Begitu juga senario yang berlaku dalam dunia pendidikan di mana menurut Dougherty (2015), dunia pendidikan masih tidak menyedari sepenuhnya bagaimana teknologi benar-benar mempengaruhi pembelajaran seharian. Prensky (2010) menyatakan kebimbangannya dengan mendesak para guru mempersiapkan murid bukan sahaja untuk menghadapi dunia masa kini tetapi juga dunia masa depan, di mana pada saat itu penggunaan teknologi adalah satu trillion lebih pesat daripada teknologi pada hari ini. Melihat daripada jangkaan fenomena ini, guru perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran teknologi yang diperlukan. Lebih membimbangkan bila dapatan kajian yang dijalankan oleh Collins dan Halverson (2009) menunjukkan bahawa teknologi telah menjadikan hidup para guru lebih sukar. Menurut Collins dan Halverson (2009) lagi, masalah ini berpunca daripada kemahiran yang dimiliki oleh para guru tidak mencukupi dalam mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan.Sejajar dengan it...
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
hi@scite.ai
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.