Kertas konsep ini membincangkan kepentingan komunikasi strategik dalam organisasi. Komunikasi strategik merupakan komunikasi berencana, terancang dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi. Komunikasi perlu dilihat sebagai suatu yang konstitutif, berlandaskan perancangan yang teliti, pelaksanaan yang berhati-hati serta penilaian yang berterusan. Dalam konteks kertas ini, sorotan literatur telah dibuat dan disintesiskan mengikut tema tertentu. Antaranya ialah perbincangan tentang skop komunikasi strategik yang boleh dilihat dalam konteks pendekatan, model dan konsep. Skop yang dibincangkan adalah pelbagai iaitu daripada suatu yang bersifat umum hinggalah kepada suatu yang bersifat khusus. Tema seterusnya yang disoroti ialah peranan komunikasi strategik dalam organisasi. Peranannya yang paling banyak dibincangkan ialah untuk mencari solusi dalam isu komunikasi keorganisasian, diikuti meningkatkan morale pekerja dan mengurangkan konflik emosi, menguruskan reputasi sektor awam dengan berkesan dan mendorong kepada proses perubahan keorganisasian. Komunikasi strategik turut dilihat dari perspektif keberkesanan komunikasi dan impaknya kepada organisasi. Dalam konteks ini, kajian lepas banyak membincangkan tentang elemen yang terkandung dalam komunikasi strategik yang mendorong kepada pencapaian komunikasi berkesan. Antaranya ialah pola komunikasi yang digunakan iaitu baik berupa arah komunikasi, saluran komunikasi, kandungan komunikasi dan gaya komunikasi. Aspek lain yang dilihat ialah peranan kepimpinan, hubungan interpersonal, perancangan, pelaksanaan dan penilaian komunikasi. Kata kunci: Komunikasi strategik, pola komunikasi, perancangan komunikasi, pelaksanaan komunikasi, penilaian komunikasi.
Komunikasi adalah penting dalam menjaga perhubungan yang sejahtera terutama dalam kalangan warga emas yang tinggal di institusi, hospital dan rumah. Warga emas memerlukan perhatian yang lebih bagi membolehkan mereka yakin bahawa diri mereka dihargai oleh masyarakat. Artikel ini membolehkan pelajar kerja sosial gerontologi memahami teknik komunikasi berkesan apabila menjalankan intervensi kerja sosial individu, kumpulan dan komuniti terutama dalam mengendalikan kes dalam kalangan warga emas. Artikel ini memfokuskan kepada komunikasi interpersonal bagi memacu proses pengendalian pengurusan kes warga emas. Kemahiran komunikasi interpersonal ialah kebolehan untuk mendengar, menyampaikan secara lisan dan bukan lisan serta penulisan laporan dengan berkesan. Tujuan utama artikel ialah untuk membincangkan kebolehan komunikasi interpersonal dalam kalangan penjaga formal dan informal dengan warga emas berpandukan sorotan literatur mengenai hambatan komunikasi dalam kalangan penjaga formal dan informal serta pendekatan intervensi kerja sosial. Hasil perbincangan mendapati bahawa terdapat hambatan komunikasi dalam kalangan warga emas yang berpunca daripada perubahan umur penuaan, perubahan akibat penyakit dan ketidakupayaan serta faktor persekitaran. Intervensi amalan kerja sosial memberi impak berkesan dalam usaha menangani hambatan komunikasi interpersonal dalam kalangan penjaga formal dan informal dengan warga emas yang bermasalah. Implikasi kajian sekunder ini mencadangkan lebih banyak kajian komunikasi interpersonal perlu dijalankan di Malaysia bagi meningkatkan kemahiran komunikasi bagi penjaga formal dan informal ke atas warga emas. Ini memberi pengaruh yang kuat dalam membantu meningkatkan kesejahteraan hidup warga emas di hospital, institusi dan komuniti.
Social media use claimed by political scientist influenced low integrity level of political participation among young people but aligning political movements with media literacy competency reported develop civic engagement from civic knowledge and drive to democracy participatory. It is essential for young people actively engage in political activities having media literacy competency in developing effective communicator. To test the value of integrity, a model of media literacy competency was tested among 388 students from four Higher Education Institutions in Melaka namely Universiti Teknologi MARA
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.