Cross-border entrepreneurship activity plays an important role in the community economic development programs. The emergence of business groups and trade activities will generate employment, create wealth, contribute to tax revenue and stimulate the construction of infrastructures such as transportation. Indirectly, this will improve the standard of living in the border communities. The cross-border trade activities between Sarawak (Malaysia)-Kalimantan (Indonesia) continued to grow significantly. Although there is no formal cross-border route and Checkpoint of Immigration and Quarantine (CIQ) exists, Serikin as a small border town has developed as a Weekend Market focuses on informal trade. Indonesian traders and Malaysian consumers gathered on weekends to carry out transactions and this triggers local development. This article discusses the cross-border informal trade activities by focusing on the business participation factors and reasons for location selection, especially among Indonesian traders and spillover effects on the local communities.
Sempadan antara negara merupakan kawasan penting kepada dua belah negara. Pada masa kini, ianya menjadi lebih penting sebagai pusat pertemuan komuniti, zon untuk kerjasama dua hala dan laluan keluar masuk pelbagai aktiviti halal dan haram. Lantas, komuniti di kawasan sempadan antara negara lazimnya mempunyai dan menjalin hubungan lebih kerap dan rapat antara satu sama lain. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka berkongsi persamaan dari segi keturunan, bahasa, dan budaya. Faktor kedekatan juga mempengaruhi hubungan rapat yang terjalin di samping wujudnya prasarana sistem komunikasi yang telah dibangunkan oleh pihak kerajaan kedua buah negara. Kawasan penempatan komuniti di sempadan Sarawak, Malaysia dan Kalimantan Barat, Indonesia terletak jauh dari ibu negeri atau bandar besar kedua buah negara dan ini juga menyebabkan hubungan penduduk itu lebih dekat sesama mereka. Makalah ini membentangkan isu hubungan komuniti di kawasan penempatan penduduk di sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat berdasarkan data kajian lapangan yang telah dijalankan. Kajian ini menggunakan pemerhatian di lapangan dan tinjauan melalui soalselidik untuk melihat pola hubungan ethnik di tiga kawasan penempatan penduduk iaitu Kampung Mongkos, Lubuk Antu, Ba'kelalan dan Telok Melano di Sarawak. Dapatan kajian mendapati penduduk di kawasan kajian mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain hasil daripada pertalian darah dan sosial yang telah lama terjalin. Hubungan yang rapat ini diperkukuhkan lagi dengan mudahnya penduduk keluar masuk untuk urusan harian dan sosial ke kawasan masing-masing melalui jalan yang sedia ada dan peraturan keluar masuk sempadan yang mesra pelanggan. Justeru, saling kebergantungan antara komuniti ini untuk memenuhi keperluan kehidupan menjadikan komunikasi antara mereka lebih akrab dan rapat walaupun sekali sekala timbulnya isu persempadanan nasional. Hasil kajian ini menunjukkan hubungan sosial komuniti di sini dengan keluarga dan jiran di sempadan adalah mesra. Secara keseluruhannya, boleh disimpulkan penduduk di kawasan sempadan ini menjalani kehidupan harian dalam keadaan yang tenang, simpel dan gembira. Kedinamikan hubungan komuniti di sempadan ini patut dilihat sebagai model untuk memahami kesejahteraan hubungan etnik dan kesepaduan sosial negara.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.