Artikel ini mengemukakan analisis penguasaan morfologi Arab menerusi bidangnya, iaitu leksikologi. Leksikologi ialah keupayaan dan penguasaan kosa kata aspek pengetahuan makna dan penggunaannya. Dua aspek penguasaan tersebut merupakan faktor utama bagi seseorang pelajar yang mahu menguasai bahasa, dan dalam konteks kajian ini ialah pembelajaran bahasa Arab yang merupakan bahasa kedua atau bahasa asing di Malaysia. Masalah yang sering dihadapi oleh pelajar bahasa Arab adalah berpunca daripada kegagalan mengetahui makna kosa kata yang merupakan perkara asas dalam mempelajari apa jua bahasa. Kajian ini bertujuan (1) mengenal pasti tema kajian lepas berkaitan pembelajaran morfolologi menerusi dimensi bidang leksikologi, (2) memperlihatkan kelompangan yang terdapat dalam kajian-kajian lepas berkaitan pengetahuan makna kosa kata dan penggunaannya, dan (3) mengamati isu yang boleh dijadikan kajian baru pada masa akan datang. Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan untuk mendapat data. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis secara deskriptif. Kajian ini juga menggunakan reka bentuk tematik yang merupakan satu metode yang mudah diamati dan difahami. Hasil kajian mengemukakan lebih 100 kajian berkaitan pengetahuan makna dan penggunaan kosa kata menerusi pembelajaran dan pengajaran morfologi. Implikasi kajian ini dapat memberi penemuan baru menerusi dimensi leksikologi khususnya dalam pembelajaran morfologi Arab.
Purpose – Arabic acquisition is the main element that has to be mastered by pupils in order to attain proficiency in the Arabic Language. A total of 600 words should be mastered in the j-QAF program. Nevertheless, mistakes in the vocabulary enrichment aspect, as well as its Arabic spelling often occur. The j-QAF program is a new education initiative introduced by the Ministry of Education (MOE) under the Islamic Education Section (IES) that was formerly known as the Department of Islamic and Moral Education (IMED). Hence, this research is to show the extent of the proficiency level of the pupils in Arabic vocabulary enrichment acquired through the j-QAF program in aspects such as spelling, word meaning knowledge and usage in sentences. This study will also introduce the vocabulary enrichment teaching intervention model which has been proved effective in regard to the Arabic language vocabulary enrichment aspect. Methodology – An Arabic vocabulary enrichment mastering test covering the three aspects was administered to 120 standard 3 pupils in the district of Klang, Selangor. A total of 360 answer scripts were received and analysed. In addition, a set of questionnaires for pupils and Arabic teachers were also distributed to further strengthen the researched data. Findings – The study shows that the percentage of grade A, B and C passes in the Arabic-spelling aspect was 100 percent, knowledge of meaning aspect was 84 percent and the usage of words in sentences aspect was 63 percent. Other than that, the results of the Arab language teachers' questionnaire reported that the proficiency of the primary school pupils has a significant impact on the learning of the Arabic language. Significance – Innovation in teaching of Arabic and language and spread of religious studies especially Quranic studies and Hadith and also related studies.
Morfologi bahasa Arab bersifat kompleks berbanding morfologi bahasa lain. Hal ini kerana sistem morfologinya berasaskan kepada kata akar dan pelbagai lapisan proses derivasi (perubahan bentuk kata). Penentuan kata akar daripada perkataan berimbuhan Arab antara kesukaran pelajar bahasa Arab lebih-lebih lagi jika struktur dalaman sesuatu perkataan mengalami banyak derivasi. Justeru, kajian ini melaporkan kesahihan konstruksi dan kebolehpercayaan instrumen rintis bagi mengukur kesukaran struktur dalaman kata (SDK) imbuhan bahasa Arab. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Ujian Struktur Dalaman Kata Imbuhan (USDAi) mengandungi 130 item aneka pilihan yang dibentuk berdasarkan teori SDK dan teori paradigmatis serta konsep derivasi bahasa Arab. Pemilihan sampel kajian menggunakan pensampelan bertujuan bersasar. Seramai 45 orang pelajar dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dipilih sebagai responden. Data dianalisis menggunakan Model Pengukuran Rasch. Nilai indeks kebolehpercayaan person ialah 0.95 (α = 0.97) dan indeks pengasingan pula ialah 4.33. Item pula menunjukkan nilai kebolehpercayaan 0.87, indeks pengasingan 2.65 dan mean infit 0.97. Dapatan kajian menunjukkan 130 item USDAi produktif bagi mengukur struktur dalaman kata (SDK) imbuhan bahasa Arab. Kajian ini turut memberi implikasi terhadap pembelajaran morfologi Arab agar penguasaan struktur dalaman kata perlu dikuasai oleh para pelajar.
Issues of Islamic aqeedah is of great concern nowadays particularly among the younger generation. Their wavering belief as Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) will eventually drag them into heretical beliefs and apostasy if not given due attention. Regardless of sound religious education that the youngsters received, they are still vulnerable to deviant religious teachings due to easy access of information through digital networks. Hence, there is a need to identify the level of knowledge and understanding of students at Institute of Teacher Education Raja Melewar Campus (IPGKRM) on their Sunni Islam practices. The need is in concordance with teachers being regarded as icons as well as important representatives to impart their knowledge to the community. This paper is a quantitative study using sampling approach to identify and present statistic report on level of knowledge on Sunni Islam belief among IPGKRM students. The data is collected through online distribution of questionnaire instruments. The results of the analysis found that the mean value score for level of knowledge on Sunni Islam belief among the respondents was 637.3 / 165.0 = 3.86. The finding shows a high level of Sunni Islam knowledge among the IPGKRM students. The study further shows highest score on level of knowledge related to belief on the prophets. Thus, this study implicates that IPGKRM campus students need to have strong mastery of Sunni Islam knowledge to ensure their capability in imparting knowledge on ASWJ to the community in futureAbstrakIsu akidah dalam kalangan generasi muda semakin membimbangkan. Pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang goyah akan menyeret mereka dalam kancah ajaran sesat dan jenayah murtad. Walaupun sebahagian generasi muda mendapat pendidikan yang mantap, namun mereka masih terdedah dengan ajaran agama yang menyeleweng berikutan mudahnya memperoleh informasi menerusi rangkaian digital. Oleh itu, terdapat keperluan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan pemahaman pelajar IPGKRM terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sejajar guru sebagai ikon serta ejen penting dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang bersifat pesampelan bertujuan bagi melaporkan secara statistik mengenai tahap pasti tahap pengetahuan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kalangan pelajar IPGKRM. Tatacara kutipan data dilakukan dengan pengedaran instrumen soal-selidik secara dalam talian. Hasil analisis mendapati bahawa nilai min skor bagi tahap pengetahuan akidah ahli sunnah wal jamaah dalam kalangan pelajar adalah 637.3 / 165.0 = 3.86. Keadaan ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah pelajar IPGKRM berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini turut mendapati tahap pengetahuan berkaitan aspek keimanan kepada rasul merupakan skor yang tertinggi. Implikasi kajian ini mencadangkan supaya semua pelajar kampus IPGKRM perlu menguasai akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sehingga mampu menjadi jambatan untuk menyampaikan manhaj pemikiran Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada masyarakat luar pada masa akan datang.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
hi@scite.ai
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.