Kertas ini mengesyorkan kaedah pengukuran paras kesahsahihan spesifikasi formal perisian. Pengesahsahihan dilakukan untuk memastikan spesifikasi menyatakan kelakuan program dengan tepat dan memenuhi keperluan pengguna. Paras kesahsahihan ini ingin diukur khususnya untuk kegunaan guru dalam menilai spesifikasi keperluan yang disediakan oleh pelajar. Pengesahsahihan dilakukan dengan menggunakan teknik pengujian, iaitu spesifikasi yang dihasilkan (oleh pelajar) dilaksanakan secara bersimbol terhadap sejumlah kes ujian yang disediakan secara bermakna dengan bantuan pelanggan (diwakili oleh guru). Seterusnya output ujian dalam bentuk predikat matematik antara pelanggan (guru) dan penspesifikasi (pelajar) dibandingkan. Hasil daripada perbandingan ini adalah suatu nilai numerik yang mencerminkan paras kesahsahihan spesifikasi berkaitan.
Kata kunci: Spesifikasi formal, pengesahsahihan spesifikasi, perlaksanaan bersimbol, paras kesahsahihan, ukuran kesahsahihan spesifikasi
This paper proposes a method to measure the level of formal software specification validity. The validation of a specification is done in order to ensure that the specification correctly specify the program behaviour and fulfill the user requirements. We wish to measure the level of validity for teacher purposes in evaluating requirement specification which is written by students. The validation is done by using testing technique that is; the specification (which is prepared by the student) will be symbolically executed against several test cases which have been prepared earlier (by the teacher). Then, the output from the test, which is in the form of mathematical predicates will be compared against the expected answer. The result from the comparison is a numeric value which represents the level of the specification validity.
Key words: Formal specification, specification validation, symbolic execution, validity level, specification validation measure