“…Modul digital atau e-modul merupakan bahan bantu pengajaran yang dibangunkan secara digital (Pramana, Jampel & Pudjawan, 2020). Modul digital menggunakan perkembangan teknologi bagi membolehkan PdPc dilakukan secara atas talian bagi mengatasi masalah keberadaan merentasi sempadan geografi (Chen et al, 2015;Letchumanan & Tarmizi, 2010), menyokong PdPc (Choi & Walters, 2018;de Mooij et al, 2020) menggunakan video pembelajaran, animasi, gambar, dan juga audio (Sugihartini & Laba, 2017), bersifat interaktif (Pramana et al, 2020) dan dilengkapi dengan aktiviti (Andriani et al et al, 2020). Justeru, penggunaan modul digital adalah lebih mampan berbanding modul bercetak dalam membantu pemahaman pelajar terutamanya bagi subjek yang abstrak (Permana, Johar, & Bunyamin, 2014).…”