“…Dalam artikel ini, penulis memfokus kepada kategori muzik sinkretik, iaitu lagu Melayu Asli. Menariknya, lagu Melayu Asli ini bukan sahaja berada dalam kategori muzik rakyat mahupun muzik klasik, tetapi dalam kategori muzik sinkretik (Matusky, 1985;Za'Ba et al, 2011;Hashim, 2012;Pillai, 2013;Abu Bakar, 2014;Irving;Arshad, 2015;Ahmed & Kechot, 2015;Matusky & Tan, 2017;Mohd Rosly, 2018). Selain daripada lagu Melayu Asli, kategori muzik sinkretik juga meliputi muzik zapin, inang, joget, ghazal, dondang sayang, boria, keroncong dan bangsawan (Matusky & Tan, 2017).…”