Tret personaliti ‘big five’ diterima pakai dalam semua kajian personaliti yang terlibat dalam kajian psikologi sosial dan telah menghasilkan banyak artikel yang meliputi aspek psikologi, sains pendidikan, teknologi dan pelbagai aspek yang lain. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melakukan tinjauan secara sistematik terhadap perhubungan antara tret personaliti ‘big five’ dan pencapaian akademik pelajar. Selain daripada itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tret personaliti yang paling dominan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Melalui enjin carian pangkalan data Science Direct, dua puluh artikel kajian yang menepati kriteria pemilihan telah dipilih. Hasil daripada analisis menunjukkan bahawa tret kehematan merupakan tret personaliti yang paling mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Manakala tret neurotisme merupakan tret personaliti yang paling tidak memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.