ABSTRAKKajian awal ini mengkaji perkembangan pemerolehan struktur sintaksis iaitu struktur klausa relatif dalam kalangan kanak-kanak Melayu di Lembah Klang. Objektif kajian adalah untuk menentukan kebolehan penggunaan struktur klausa relatif dalam kalangan kanak-kanak Melayu merentasi dua kelompok umur yang berbeza. Objektif kedua, adalah untuk menentukan sama ada pemerolehan struktur klausa relatif bersifat developmental/ perkembangan berdasarkan peningkatan umur. Di samping itu, kajian ini juga akan menganalisis kesalahan yang dihasilkan oleh kanak-kanak tersebut berdasarkan kategori tertentu untuk menunjukkan aspek perkembangan dalam pemerolehan struktur klausa relatif. Enam kanak-kanak dipilih sebagai subjek kajian dan dibahagikan kepada dua kumpulan: kumpulan tadika dan kumpulan sekolah rendah tahap satu. Data dikutip melalui dua cara utama -(i) aktiviti padanan ayat-gambar untuk menguji kebolehan pemahaman struktur klausa relatif (ii) aktiviti Pilihan Gambar dan Huraian Gambar untuk menguji kebolehan penghasilan klausa relatif. Kedua-dua jenis ujian ini merangkumi dua struktur klausa relatif iaitu struktur klausa relatif subjek (KRS) dan klausa relatif objek (KRO). Dapatan kajian memperlihatkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan subjek tadika dan kumpulan subjek sekolah rendah bagi kebolehan kefahaman klausa relatif tetapi wujud perbezaan yang signifikan antara kumpulan bagi kebolehan penghasilan klausa relatif. Kebolehan kumpulan subjek tadika dalam menghasilkan struktur KRO adalah agak terhad. Sementelah, struktur KRO juga belum sepenuhnya dikuasai oleh kumpulan subjek sekolah rendah. Ini bermaksud bahawa struktur KRO didapati agak lewat diperoleh dan perkembangannya masih berterusan sehingga kanak-kanak berusia melampaui umur 9 tahun. Walau bagaimanapun, skor min subjek didapati meningkat sejajar dengan peningkatan umur. Dapatan analisis kualititatif menunjukkan subjek menggunakan strategi pemudahan ayat dan strategi penggantian. Didapati kumpulan subjek menggunakan dua variasi bahasa Melayu: subjek tadika cenderung menggunakan variasi bahasa Melayu kolokial berbanding kumpulan subjek sekolah rendah yang cenderung menggunakan variasi bahasa Melayu standard dan dikotomi ini dengan ketara mempengaruhi prestasi mereka di dalam aktiviti yang dijalankan.Kata kunci: kebolehan sintaksis; klausa relatif; bahasa Melayu; pemerolehan bahasa; kanakkanak Melayu
Penyelidikan tentang pemerolehan bahasa yang melibatkan data besar dalam kalangan kanak-kanak Melayu di Malaysia agak terbatas. Kajian ini meneliti tentang corak pemerolehan bahasa dari aspek ayat pasif, yakni aspek pemahaman dan penghasilan. Kajian ini berbentuk kajian keratan rentas dengan meneliti keupayaan penggunaan ayat pasif bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak Melayu. Kajian ini bermatlamat untuk menghuraikan pemahaman dan penghasilan ayat pasif dan menentukan sama ada terdapat perbezaan keupayaan ayat pasif disebabkan oleh umur, jenis ayat pasif dan kemahiran pemahaman, dan penghasilan antara dua kumpulan kanak-kanak. Subjek kumpulan terdiri daripada kumpulan kanak-kanak berumur 4;0 tahun sehingga 6;11 tahun dan kumpulan kanak-kanak berumur 7;0 tahun sehingga 9;11 tahun. Data kajian dikumpulkan melalui ujian padanan-ayat-bergambar dan ujian pencungkilan ayat yang diadaptasi daripada kajian lepas. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian kumpulan kanak-kanak berumur 4;0 tahun sehingga 6;11 tahun dengan kumpulan kanak-kanak berumur 7;0 tahun sehingga 9;11 tahun. Dapatan kajian mendapati bahawa perbezaan prestasi kedua-dua kumpulan disebabkan oleh variasi bahasa Melayu ayat pasif “di-” yang standard dan belum dikuasai oleh kumpulan kanak-kanak berumur 4;0 tahun sehingga 6;11 tahun. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa ayat pasif merupakan struktur bahasa yang lewat diperoleh dalam perkembangan bahasa kanak-kanak Melayu.
Newspapers are one of the main channels that feature a variety of news and information to the public. For the longest time, newspapers have played a significant role in conveying information to readers and can change public perception and views on particular issues and news. In the context of newspapers in Malaysia, mainstream newspapers not only report local and foreign news but also the voice of the government when conveying messages and policies to the people. However, in the process of reporting current news, especially those involving politics and national leadership issues, each newspaper’s reporting style can be analysed based on the language elements used. This factor may not be obvious to the general reader, but if examined through linguistics, especially the field of pragmatics, such tendencies can be proven appropriately. Therefore, this study aimed to prove that the language elements used in news reports can be analysed to show the slant of a newspaper towards an issue. For this purpose, this study utilises the relevance theory envisaged by Sperber & Wilson (1995) to describe the manner in which each linguistic input on a semantic level can be interpreted to explain the true meaning of what is being announced by Malay dailies. Keywords: newspapers, tendency, pragmatic, implicit meaning, Relevance Theory Abstrak Akhbar ialah salah satu saluran utama yang menyampaikan pelbagai berita dan maklumat kepada masyarakat. Sejak sekian lama, akhbar terbukti mempunyai peranan yang besar untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca di seluruh pelosok negara dan mampu mengubah persepsi dan pandangan masyarakat terhadap sesuatu isu dan berita. Dalam konteks akhbar di Malaysia, akhbar arus perdana bukan sahaja melaporkan pelbagai berita di dalam dan luar negara malahan turut menjadi suara kerajaan dalam menyampaikan amanat, dasar dan polisi negara kepada rakyat amnya. Namun, dalam proses melaporkan berita semasa, khususnya berita yang melibatkan politik dan kepimpinan negara, kecenderungan pelaporan setiap akhbar terhadap isu yang dilaporkan dapat dilihat berdasarkan penggunaan elemen bahasa. Jika penggunaan bahasa ini dikaji dan diselidiki berdasarkan pendekatan dan teori yang tertentu, kecenderungan ini dapat dibuktikan dengan berpada. Oleh itu, kajian ini diketengahkan bagi membuktikan bahawa elemen bahasa yang digunakan dalam tajuk berita dapat dianalisis bagi memperlihatkan kecenderungan akhbar terhadap isu yang dilaporkan tersebut. Untuk tujuan ini, kajian ini memanfaatkan Teori Relevans yang digagaskan oleh Sperber & Wilson (1995), khususnya idea makna prosedur bagi menghuraikan cara mana setiap input linguistik pada peringkat semantik dapat diinterpretasikan bagi menjelaskan maksud sebenar yang mahu disampaikan oleh laporan akhbar tersebut. Kata Kunci: akhbar, kecenderungan pelaporan, pragmatik, makna implisit, Teori Relevans
AbstrakDalam teori terdahulu sebelum Program Minimalis, iaitu teori Kuasaan dan Tambatan, dan Prinsip dan Parameter variasi ayat dijana oleh Gerak-α yang menggerakkan sesuatu konstituen ke mana-mana sahaja dengan meninggalkan tikas. Tikas ini berada dalam satu rantaian yang sama dengan unsur anteseden/operator yang telah digerakkan. Dalam Program Minimalis yang dirangka secara eklektik daripada idea Chomsky (1995), Marantz (1995) dan Radford (2009. Gerak-α telah digugurkan. Sebaliknya penjanaan ayat dan variasinya dijana melalui operasi rumus salin. Kajian ini menganalisis motivasi rumus salin dalam penjanaan ayat tanya wh-dan ayat ya-tidak bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan data kajian diperoleh melalui introspeksi. Data tersebut kemudiannya dirujuk kepada dua orang informan penutur jati bahasa Melayu untuk mengesahkan penerimaan atau penolakannya. Dapatan kajian ini mendapati bahawa fitur [+/-wh] dan fitur-fitur tepian; yakni [+/-komp], [+/-wh] [+/-fokus], dan [+/-in situ] merupakan fitur yang menjadi pemangkin atau penghalang dalam menjana ayat tanya wh-dan ya-tidak bahasa Melayu dan variasinya.Kata kunci: Program Minimalis, rumus salin, fitur, ayat tanya wh-, ayat tanya ya-tidak
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-Noncommercial 4.0 Unported License, permitting all non-commercial use, distribution, and reproduction in any medium, provided the original work is properly cited.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
hi@scite.ai
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.