Peralihan bahasa merupakan satu keadaan apabila masyarakat berubah kepada penggunaan bahasa lain yang lebih dominan sehingga bahasa ibunda yang biasa digunakan gagal dipertahankan. Isu peralihan bahasa kerap berlaku dalam kalangan masyarakat minoriti. Isu ini diketengahkan kerana dapatan kajian lepas menunjukkan terdapat perubahan yang jelas dari aspek penggunaan bahasa apabila masyarakat Cham berhijrah sehingga membawa kepada peralihan bahasa. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan bahasa Cham berdasarkan analisis domain dan teori mobiliti sosial. Penggunaan bahasa Cham dikaji dalam tiga domain, iaitu domain kekeluargaan, kejiranan dan pekerjaan. Kawasan kajian adalah di persempadanan Perak-Pulau Pinang-Kedah yang merupakan kawasan pertumbuhan sosioekonomi utara. Responden yang terlibat adalah seramai 135 orang dan berumur dalam lingkungan umur 12-69 tahun. Data diperoleh melalui kerja lapangan secara soal selidik dan temu bual tidak langsung dan dianalisis secara deskriptif peratusan dan Ujian-t sampel bebas. Dapatan menunjukkan bahawa perbezaan skor penggunaan bahasa antara generasi dalam ketiga-tiga domain adalah signifikan secara statistik. Kajian ini merumuskan bahawa penggunaan bahasa Cham semakin merosot terutamanya oleh generasi kedua yang memperlihatkan peralihan bahasa sedang berlaku. Faktor mobiliti sosial memainkan peranan dalam peralihan tersebut. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada kajiankajian pengekalan dan peralihan bahasa minoriti.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.