Kekurangan ilmu pengetahuan dan sikap acuh tidak acuh terhadap keperluan rawatan terapi elektrokonvulsif (ECT) mempengaruhi rawatan psikiatri dari segi morbiditi dan mortaliti. Terdapat sedikit kajian sistematik yang dilaporkan mendalami bidang ini. Kajian ini bertujuan untuk menilai pengetahuan, sikap dan kepatuhan dalam penggunaan ECT dari perspekstif pesakit dan ahli keluarga iaitu di Khartoum, Sudan. Kajian ini merupakan kajian pemerhatian berdasarkan hospital di mana 103 pesakit psikiatri dan ahli keluarga yang mendapatkan rawatan di Hospital Psikiatri Taha Basher and Eltigani Elmahi, Sudan pada 2016. Keduadua pesakit dan ahli keluarga ditemubual tentang pengetahuan dan sikap terhadap penggunaan ECT. Peratus skor dikira berdasarkan jawapan positif dengan mengira min daripada jawapan. Semua data dikira melalui soal-selidik secara 'pre-designed' dan seterusnya dianalisa secara statistik. Lelaki diwakili seramai 61 iaitu 59.2% di mana kumpulan pesakit adalah di antara 16-30 tahun. Skor keseluruhan terhadap penggunaan ECT pada para pesakit dan ahli keluarga adalah sebanyak 54.9%, dan 59.4%, masing-masing. Penerimaan penggunaan ECT sebagai perawatan dipersetujui sebanyak 43.7% oleh para pesakit dan melebihi 70% pesakit dan ahli keluarga percaya bahawa dengan memberi ECT untuk perawatan kes psikiatri. Para pakar psikiatri merupakan sumber utama informasi dilaporkan oleh pesakit (73.8%) dan ahli keluarga (67%). Para ahli keluarga yang terdiri dari lelaki menunjukkan sikap cenderung untuk mencadangkan perawatan ECT (p=0.004). Para pesakit dan ahli keluarga melaporkan pengetahuan dan sikap yang sederhana atau baik terhadap penggunaan ECT.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
hi@scite.ai
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.