“…Kandungan nilai nutrien iaitu nitrogen (N), fosforus (P) dan potassium (K) dalam SMS sangat efektif dimajukan sebagai baja organik atau kompos dan vermikompos (Ahlawat & Sagar, 2007;Grimm & Wȍsten, 2018;Nik Nor Izyan et al, 2009;Ma, et al, 2014). Baja organik ini amat sesuai untuk pembangunan sub sektor pertanian terutamanya tanaman hortikultur serta herba (Ahlawat & Sagar, 2007;Ahlawat & Tewari, 2007;Marshall & Nair, 2009;Marques et al, 2014;Zhang et al, 2014). Penggunaan SMS sebagai baja terbukti mampu meningkatkan tahap kesuburan tanah (Food and Fertilizer Technology Center, 2002;Lou et al, 2017;Taiwan Agricultural Research Institute, 2012;Yildiz et al, 2002;Zheng et al, 2002); pertumbuhan vegetatif dan pengeluaran hasil; pembentukan tangkai yang lebih tinggi; peningkatan ketinggian tanaman; pengukuhan kualiti berat dan keteguhan buah; mengurangkan serangan penyakit tanaman dan serangga serta meningkatkan hasil ladang (Ahlawat & Sagar, 2007).…”