“…Selaras dengan peningkatan jumlah populasi kanak-kanak mempunyai autisme, penyelidikan berkaitan penglibatan keluarga serta anak mempunyai autisme didalam aktiviti pelancongan semakin mendapat perhatian dikalangan ahli akademia. Antara topik perbincangan yang popular seperti pengalaman penginapan dikalangan keluarga dengan anak mempunyai autisme (Freund et al, 2019), peranan percutian terhadap kualiti hidup keluarga kanak-kanak mempunyai autisme (Mactavish et al, 2007), manfaat aktiviti pelancongan sebagai salah satu elemen terapi carakerja autisme (Sarol & Çimen, 2015;Bumin et al, 2015), penglibatan kanak-kanak mempunyai autisme dalam aktiviti rekreasi dan riadah (Solish et al, 2010;Potvin et al, 2013;Stacey et al, 2018), pengalaman ibu bapa ketika melancong bersama kanak-kanak mempunyai autisme (Sedgley et al, 2017;Amet, 2013), dan suara ibu bapa untuk beriadah (Kim et al, 2018). Namun, populariti kajian berkaitan autisme di Malaysia sehingga kini dilihat masih berada di peringkat memupuk kesedaran tentang autisme yang lebih memfokuskan kepada pengenalan awal autisme (Xiang Neik et al, 2014;Lim, 2015;Mohd Kassim & Mohamed, 2019) dan penilaian kesedaran masyarakat tentang autisme (Mohd Salleh et al, 2018;Hui et al, 2021), cabaran ibu bapa membesarkan anak mempunyai autisme (Chu et al, 2018) dan suasana tempat pembelajaran autisme (Zulkanain & Mydin, 2019).…”