ABSTRAKLakuan ilokusi merupakan perlakuan niat pengucapan yang terdapat dalam sesuatu ujaran. Dalam ujaran yang dituturkan oleh guru ketika proses pengajaran terdapat lakuan ilokusi yang tertentu yang dibina dengan matlamat dan fungsi yang tertentu. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti bentuk lakuan ilokusi guru dalam pengajaran Bahasa Melayu, mengenal pasti jenis lakuan gramatis yang terdapat padanya dan menjelaskan fungsi lakuan ilokusi tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan pragmatik berpandukan pengkategorian lakuan ilokusi dan fungsi ilokusi yang dikemukakan oleh Leech (1983) dalam Prinsip Kesopanan. Kaedah tidak menonjol (unobtrusive research) dijalankan dengan menjadikan ujaran yang dituturkan oleh tiga orang guru semasa pengajaran Bahasa Melayu sebagai data kajian. Sebanyak dua puluh satu ujaran terpilih yang dituturkan mengandungi lakuan ilokusi, iaitu berbentuk penegasan, arahan, komisif dan ekspresif. Pada lakuan ilokusi tersebut terdapat pelbagai lakuan gramatis, seperti mendakwa, menyatakan, meminta, menasihati, merayu, mendesak, memerintahkan, mengesyorkan, memberi motivasi, menyuruh, memohon, berjanji, mempelawa dan memujuk. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru menggunakan lakuan-lakuan ilokusi tersebut untuk bersaing, beramah tamah dan berkolaboratif. Kajian juga menunjukkan bahawa terdapat ujaran yang dituturkan mempunyai dua bentuk lakuan ilokusi yang berbeza dan fungsi lakuan ilokusinya juga turut berbeza. Kajian ini penting dijadikan panduan kepada para guru supaya ujaran yang dituturkan oleh mereka dalam sesi pengajaran mengandungi lakuan ilokusi yang bersesuaian dengan kemampuan kognisi para pelajar supaya fungsi lakuan ilokusi tersebut dapat difahami dengan jelas oleh mereka.Kata kunci: pragmatik; lakuan ilokusi; lakuan gramatis; pengajaran Bahasa Melayu: fungsi ilokusi
Teacher's Illocutionary Act in Teaching Malay Language
ABSTRACTIllocutionary act is the speech intention act of a speaker in an utterance. There are certain illocutionary acts specifically uttered with certain aim and function in utterances spoken by a teacher during the teaching process, Therefore, this research is carried out to identify the form of illocutionary acts used by teachers in teaching Malay Language in order to identify the type of grammatical acts and to explain the function of such illocutionary act. This study uses a pragmatic approach based on the categorisation of illocutionary acts and illocutionary function introduced by Leech (1983) in the Politeness Principle. Unobtrusive research has been performed by sampling the utterances spoken by three teachers during the Malay language lesson as the research data. There are twenty one selected utterances which contain illocutionary acts such as assertion, instruction, commissure and expressive. The data revealed that under the stated illocutionary acts, there exits multiple grammatical acts such as claiming,