Kertas kerja ini mempersembahkan keputusan satu kajian ergonomik berkaitan kesan kebisingan terhadap pekerja industri di Malaysia. Tiga industri berbeza yang telah dipilih untuk kajian ialah pengeluar produk berasaskan getah, syarikat hentakan logam dan syarikat percetakan penerbitan. Satu soal selidik yang mengandungi 37 soalan yang merangkumi semua aduan berkaitan kesan kebisingan terhadap manusia telah disedia dan diberikan kepada 120 pekerja industri yang dipilih. Maklum balas daripada pekerja dikumpulkan sebagai data untuk analisis selanjutnya. Satu pengujian Chi–Square telah digunakan untuk menentukan sama ada kesan kebisingan adalah signifikan atau tidak signifikan. Didapati bahawa pada tahap signifikan, α = 0.05, fisiologi, kehilangan pendengaran, audiotori dan gangguan tidur adalah kesan kebisingan yang secara statistiknya signifikan. Bagaimanapun, kesan kebisingan terhadap psikologi telah didapati tidak signifikan.
Kata kunci: Ergonomik, kesan kebisingan, kesan fisiologi, kesan kehilangan pendengaran, kesan audiotori, kesan psikologi
This paper presents results of an ergonomic study pertaining to the effect of noise on industrial workers in Malaysia. Three different industries selected for the study were rubber product manufacturing, metal stamping, publication and printing. A questionnaire consisting of 37 questions, covering all possible reported effects of noise on humans, was prepared and served to a total of 120 workers at the above mentioned industries. Responses from the workers were collected for analysis. A Chi–Square test was used to determine whether the effects of noise were statistically significant or not. It is found from the results of the survey, at a level of significance, α = 0.05, physiological, hearing loss, auditory, and sleep disturbances effects of noise are statistically significant. However, psychological effect of noise is found to be non-significant.
Key words: Ergonomics, noise effects, physiological effects, hearing loss effects, auditory effects, psychological effects