Teratoma sista matang adalah tumor sel germa ovari yang paling biasa, menyumbang kepada 70% daripada semua neoplasma ovari jinak dalam kumpulan umur reproduktif. Sebagai tumor sel germa pluripotent, teratoma sista matang mempunyai sekurang-kurangnya dua daripada tiga komponen sel germa embrio yang matang: ektoderma, mesoderma dan endoderma. Kehadiran ruang sista berbilang di dalam dinding tumor, yang juga dikenali sebagai cystoides pneumatosis jarang dijelaskan tetapi merupakan salah satu ciri teratoma sista ovari. Pada masa ini, terdapat sedikit maklumat mengenai mekanisme pembentukannya. Di sini, kami menyifatkan satu kes teratoma sista matang ovari yang luar biasa yang kami temui di wanita hamil berusia 31 tahun dengan histologi ovarinya mengandungi kawasan menyerupai cystoides pneumatosis dalam usus. Pemeriksaan makroskopik dan mikroskopik ovari pesakit mendedahkan ciri-ciri diagnostik teratoma sista matang. Yang menariknya, terdapat pelbagai ruang sista yang berbeza-beza saiznya ditemui di dinding sista. Ruang-ruang sista tersebut dilapisi sebahagian atau sepenuhnya oleh makrofaj busa dan sel datia, yang menunjukkan immunoreactiviti yang kuat terhadap CD68. Penanda immunohistokimia vaskular (CD31 dan CD34) dan penanda sel epitelium (cytokeratin AE1/AE3) adalah negatif. Diagnosis teratoma sista matang dengan ciriciri menyerupai pneumatosis cystoides telah dibuat. Pesakit dibenarkan pulang tanpa sebarang gejala atau tanda-tanda bersalin awal. Etiopatogenik ciri histologi yang menarik ini turut dibincangkan secara ringkas dalam artikel ini.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.