Cabaran kehidupan dalam masyarakat yang pelbagai menghendaki pengurusan di pihak pentadbir menyelaraskan penyampaian ilmu asas agama ini melalui Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Pembelajaran KAFA yang lazimnya dilaksanakan di sekolah agama secara bersemuka terpaksa diubah cara pelaksanaannya secara atas talian ekoran perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi membendung wabak Covid-19. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan membincangkan cabaran pengurusan pembelajaran KAFA secara atas talian semasa fasa pandemik Covid-19. Kajian ini berbentuk kualitatif. Data dikumpul berdasarkan temubual 2 orang responden daripada Kafa Integrasi Nahdhah Al Islam. Analisis data pula dilakukan secara analisis naratif menggunakan kaedah pengekodan. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat perubahan pelaksanaan pengurusan pembelajaran KAFA secara atas talian semasa fasa Pandemik Covid-19. Cabaran yang dihadapi pula termasuklah infrastuktur, kemahiran teknologi, kewangan serta masa dan bebanan tugas. Justeru itu, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha menangani permasalahan dan memastikan sesi pembelajaran lebih berkesan.
Keusahawanan luar bandar perlu diberi perhatian yang serius khususnya bagi melahirkan usahawan terutama dari kalangan asnaf zakat. Usahawan yang berkualiti mampu mengubah status masyarakat sekeliling ke arah ekonomi dan sosial yang lebih baik serta berdaya saing. Aktiviti keusahawanan asnaf dilihat masih gagal untuk menarik minat dari generasi muda, dan beberapa sebab telah dikenalpasti termasuk kekurangan pengetahuan tentang perniagaan, latihan dan modal permulaan. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan keperluan usahawan zakat pedalaman dan menganalisis faktor kejayaan dan cabaran usahawan asnaf pedalaman di Pahang. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan metod pengumpulan data dan analisis data. Metod pengumpulan data dilakukan melalui perpustakaan. Kajian ini turut menggunakan kajian lapangan melalui metod temu bual dan metod pemerhatian. Hasil kajian mendapati terdapat keperluan kepada kerangka pembangunan usahawan asnaf sebagai satu inisiatif untuk membangunkan taraf sosio-ekonomi masyarakat di negeri Pahang, khususnya di kawasan pedalaman. Keywords: asnaf luar bandar; ekonomi; Pahang; pembangunan usahawan asnaf
Situasi pandemik COVID-19 telah mengubah semua landskap pendidikan termasuklah pendidikan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Sebelum pandemik kelas dikendalikan secara bersemuka, namun semasa pandemik pembelajaran secara bersemuka telah beralih kepada pembelajaran secara maya (e-learning). Justeru itu teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya menjadi lebih mencabar apabila aspek kreativiti dan inovasi diperlukan untuk berhadapan dengan situasi ini agar mampu memberikan penyelesaian kepada norma baharu. Bagi memenuhi keperluan pembelajaran secara digital ini tentulah memerlukan peralatan-peralatan teknologi tertentu seperti komputer peribadi, telefon pintar, gajet dan sebagainya. Peralatan-peralatan itu kadang-kadang tidak mampu disediakan oleh para ibu bapa dan guru. Justeru itu wakaf pendidikan antara solusi terbaik bagi menyelesaikan perkara ini. Objektif kajian ini menghuraikan secara umum latar belakang pendidikan KAFA di Malaysia, membangunkan model wakaf pendidikan KAFA secara maya khususnya di musim pandemik COVID-19, mengemukakan cabaran yang dihadapi oleh guru dan murid serta langkah penyelesaian PdP KAFA dalam talian. Reka bentuk kajian adalah kualitatif. Pengumpulan data dilakukan melalui kajian perpustakaan yang merujuk sumber primer dan sekunder. Manakala analisis data pula dilakukan secara analisis dokumen. Sample kajian tertumpu kepada individu yang terlibat dengan KAFA di Malaysia pada musim pandemik COVID-19 dan memfokuskan pembinaan model wakaf pendidikan KAFA. Hasil dapatan kajian menunjukkan berlaku anjakan paradigma yang positif dalam penyediaan silibus KAFA secara maya dan terdapat usaha wakaf pendidikan KAFA oleh pihak kerajaan (waqf irsod) secara maya melalui program KAFA online yang disiarkan di rancangan TV al-Hijrah dengan kerjasama dari JAKIM. Ia juga diusahakan oleh individu-individu persendirian yang turut menyumbang bahan pengajaran di alam maya untuk dimanfaatkan bersama. Implikasinya, PdP melalui model pendidikan wakaf KAFA yang komprehensif boleh dilakukan secara berterusan walau tidak bersemuka dan memantapkan kefahaman agama Islam di peringkat asas secara mudah dan berkesan agar boleh dimanfaatkan generasi berikutnya.
Menurut statistik terkini, sejumlah 724 buah hotel telah berjaya memperoleh sijil halal JAKIM. Walaubagaimanapun, daripada jumlah tersebut hanya beberapa buah hotel sahaja yang boleh diklasifikasikan sebagai Hotel Patuh Syariah (HPS). Sesebuah hotel akan dikategorikan sebagai patuh Syariah sekiranya memenuhi keperluan Syariah dari sudut pengurusan operasi, perkhidmatan, penyediaan makanan halal, aliran wang tunai dan juga kemudahan infrastruktur. Namun begitu dalam aspek aliran wang tunai, tanggungjawab sosial korporat (TSK) dari sudut filantropi kurang diberi penekanan dalam penilaian terhadap Hotel Patuh Syariah. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menilai kriteria-kriteria Hotel Patuh Syariah dari sudut tanggungjawab sosial korporat melalui filantropi. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan melalui kajian literatur dan dokumen berkaitan pematuhan Syariah dalam pengurusan hotel. Kaedah ini digunakan untuk menganalisis, memeriksa dan memilih data secara sistematik dan objektif bagi menghasilkan satu rangka kerja konseptual mengenai Hotel Patuh Syariah. Hasil kajian ini mendapati bahawa konsep tanggungjawab sosial korporat dari sudut filantropi tidak diberi perhatian yang sewajarnya dalam pengurusan dan operasi Hotel Patuh Syariah. Justeru, diharap kajian ini dapat membantu pengusaha hotel untuk menerapkan konsep tanggungjawab sosial korporat dari sudut filantropi dalam operasi Hotel Patuh Syariah. Keywords: Filantropi; Hotel Patuh Syariah; Syariah; Tanggungjawab Sosial Korporat
As a promotion to market products, strategic marketing is the fundamental element. Product label packaging is an important marketing component that plays a vital role in marketing communication and provides a significant part of the intended message along with legally prescribed content. However, some of the labels used in packaging might lead to consumer confusion. The use of Islamic symbols in food packaging labels is one of the practices that may confuse others. Therefore, it has become popular in the Malaysian market and as a trademark to attract Muslim consumers. This study analysed the factors influencing the acceptance of Islamic attributes in food packaging labels. This quantitative research was based on the data collected through the questionnaires with the respondents from Muslim consumers in Kampung Parit No 3, Muar, Johor. The data was then analysed using descriptive analysis through SPSS Program Version 22. The research results revealed that the factors of belief in religion, which believe the products are halal, good, and safe to be consumed, are the main factors that influenced them in accepting the products that use Islamic attributes in their packaging labels. This research indicates that using Islamic attributes in food packaging has influenced them to accept the products. This could offer significant insight to the authority body, manufacturers, consumers, and researchers.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
hi@scite.ai
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.