Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan bahan multimedia interaktif 3D animasi (‘Scratch’) dalam kaedah pembelajaran teradun terhadap minat dan pencapaian murid Tahun 5 bagi mata pelajaran Sains. Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pencapaian murid yang rendah disebabkan kaedah pengajaran tanpa menggunakan bahan multimedia dan berpusatkan guru. Kajian ini dijalankan di daerah Seberang Perai Selatan. Populasi penyelidikan ini dipilih daripada sekolah jenis kebangsaan Tamil di Seberang Perai Selatan. Seramai 60 murid daripada dua buah sekolah jenis kebangsaan Tamil telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pasca, temu bual dan soal selidik. Penyelidik menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) Versi 22.0 untuk menganalisis data yang diperolehi. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif min, sisihan piawai dan peratus kekerapan. Analisis korelasi pearson juga digunakan untuk menguji hubungan antara penggunaan, pencapaian dan minat murid terhadap bahan multimedia 3D yang digunakan. Hasil analisis data mendapati bahawa skor min 3.67 hingga 5.00 menunjukan penggunaan bahan multimedia interaktif berada dalam tahap tinggi dalam kalangan responden yang diuji. Melalui perbandingan ujian pra dan pasca dapat dianalisis bahawa 23.4 % kelulusan murid meningkat setelah menggunakan aplikasi ‘Scratch’ dalam matapelajaran sains. Soal selidik dengan skor min 3.67 hingga 5.00 yang tinggi ini menunjukan minat murid terhadap penggunaan bahan multimedia interaktif 3D animasi berada dalam tahap yang tinggi. Nilai korelasi adalah 1.00 iaitu nilai skor yang sempurna bermaksud mempunyai hubungan antara penggunaan bahan multimedia interaktif 3D animasi dan minat dalam mata pelajaran Sains murid Tahun 5. Data analisis Korelasi Pearson menunjukan hubungan yang sangat lemah antara minat dan pencapaian murid dalam mata pelajaran sains. Ini bermaksud, minat tidak mempengaruhi pencapaian murid sepenuhnya. Pencapaian murid juga bergantung kepada faktor-faktor yang lain. Keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan multimedia interaktif 3D animasi ‘Scratch’ dalam mata pelajaran sains dapat memberi kesan yang positif dari segi penggunaannya.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
hi@scite.ai
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.