Artikel ini membincangkan satu kajian yang menelusuri transformasi pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi multimedia bagi memastikannya menjadi agenda utama dalam pendidikan Islam. Keperluan ini wujud disebabkan pendekatan yang dibawa ialah signifikan dan sesuai dilakukan selaras dengan Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21) yang banyak memfokuskan pembinaan kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 4M (membaca, mengira, menulis dan menaakul), kemahiran sains dan reka bentuk teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan lain-lain lagi secara syumul. Pendekatan sebegini juga dipercayai dapat memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari pendidikan Islam dengan lebih komprehensif. Justeru, diharapkan guru juga dapat menjadi peneraju perubahan, pemikir holistik serta pemangkin kepada kejayaan sistem pendidikan negara ini selain dapat memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar supaya penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran dapat ditingkatkan.
This research paper examines the aspects of the importance of tahfeez study in Malaysia which is the choice of parents and the integration of the Andalusian (Spanish) Islamic education corpus in the tahfeez education system in Malaysia. Besides, research in this paper begins with a brief history of the educational progress Quran in the Malay and of religious institutions in Malaysia. Then, the awareness and choice of parents on tahfeez education as well as a brief description of the application of Islamic education Andalusia (Spain) in the tahfeez education system in Malaysia. Finally, the strengthening of the tahfeez institution in nurturing the generation and legacy of quality human beings. This study used the methodology of the library approach. Using documentary methods with scientific writing such as books, journals, proceedings, encyclopedias, which is called document analysis that can help to finish this study. The whole study found that there are elements that contribute to the selection of parents on tahfeez education and aspects of Andalusian Islamic education that can be implemented in the tahfeez education system in Malaysia. It is hoped that this research paper can be a key indicator of the country's tahfeez education policy so that its quality and dignity continue to be improved from time to time. Keywords: Tahfeez Education System, Parental Choice, Islamic Education, Andalus Abstrak: Kertas kajian ini mengkaji mengenai aspek-aspek kepentingan pengajian tahfiz di Malaysia yang menjadi pilihan ibu bapa dan pengintegrasian korpus pendidikan Islam Andalusia (Sepanyol) dalam sistem pendidikan tahfiz di Malaysia. Rentetan itu, penelitian dalam kertas kajian ini dimulai dengan sejarah ringkas kemajuan pendidikan Al-Qurandi tanah Melayu dan institusi tahfiz di Malaysia. Kemudian kesedaran dan pilihan ibu bapa terhadap pendidikan tahfiz serta penghuraian serba sedikit tentang penerapan pendidikan Islam Andalusia (Sepanyol) dalam sistem pendidikan tahfiz di Malaysia. Akhir sekali, pemantapan institusi tahfiz dalam menatijahkan generasi dan legasi insan yang berkualiti. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan metode dokumentasi, iaitu melalui penulisan ilmiah seperti buku, jurnal, kertas persidangan, ensiklopedia dan lain-lain lagi yang dipanggil sebagai analisis dokumen bagi membantu menyiapkan kajian. Keseluruhan kajian ini mendapati bahawa, terdapat unsur-unsur yang menyumbang kepada pemilihan ibu bapa terhadap pendidikan tahfiz dan aspek-aspek pendidikan Islam Andalusia yang boleh diimplementasikan dalam sistem pendidikan tahfiz di Malaysia. Diharapkan kertas kajian ini mampu menjadi indikator utama terhadap dasar pendidikan tahfiz negara agar kualiti dan martabatnya terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kata kunci: Sistem pendidikan tahfiz, pilihan ibu bapa, pendidikan islam, Andalus
Islam itu berkembang, terutama dalam bidang pendidikan, kerana ia adalah tonggak dan asas kepada sesebuah tamadun berkembang. Kewujudan tokoh Islam dalam setiap bidang ilmu itu juga merupakan penanda aras bagi perkembangan ilmu yang merangkumi pelbagai aspek yang menjadikan sesebuah tamadun. Kajian ini membincangkan tentang konsep pendidikan al-Qabisi, ada beberapa pemikiran atau pandangan, iaitu tentang pendidikan anak, tujuan pendidikan, kurikulum, metode dan teknik pengajaran serta membahaskan tentang falsafah yang dibawa oleh al-Qabisi. Kajian ini merupakan kajian perpustakaan. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan metode dokumentasi, iaitu melalui penulisan ilmiah seperti buku, ensikplopedia yang mana dipanggil sebagai analisis dokumen yang dapat membantu menyiakan kajian ini. Hasil kajian ini, mendapati terdapat dua bahagian kurikulum yang dibawa oleh al-Qabisi iaitu kurikulum ijbari dan kurikulum ikhtiyari. Pendidikan agama dan akhlak mulia ini sangat penting untuk menjamin perpaduan dalam masyarakat dan bangsa
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
hi@scite.ai
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.