Malaysia sebagai sebuah negara merdeka telah melaksanakan prinsip sistem politik demokrasi dengan mengadakan Pilihan Raya Umum sejak tahun 1955. Pilihan Raya Umum pada tahun 2018 merupakan PRU ke-14 (PRU-14) telah dilaksanakan di Malaysia. Pada PRU tersebut, sebanyak 25 kerusi parlimen dan 60 kerusi DUN telah dipertandingkan di negeri Sabah. Pilihan raya ini telah mencipta sejarah apabila gabungan parti-parti politik pembangkang iaitu Pakatan Harapan telah berjaya menewaskan parti Barisan Nasional yang menjadi pemerintah sejak Malaysia dibentuk pada tahun 1963. Sehubungan itu, selepas PRU-14 arena politik negara telah diwarnai dengan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti di Sungai Kandis, Balakong dan Semenyih serta pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen seperti di Cameron Highland, Port Dickson dan Sandakan. PRK bagi P186 Sandakan merupakan pilihan raya kecil yang kelapan diadakan sejak PRU- 14. PRK ini diadakan berikutan kematian ahli parlimen Sandakan iaitu Datuk Wong Tien Fatt akibat serangan jantung. Bagi mengisi kekosongan kerusi P186 Sandakan ini, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi parlimen Sandakan supaya diadakan pada 11 Mei 2019 selepas proses penamaan calon selesai pada 27 April 2019. PRK Sandakan ini melibatkan pertandingan 5 penjuru iaitu diantara calon DAP, PBS dan calon bebas. Artikel ini bertujuan membicangkan pola pengundian dalam PRK Sandakan serta menganalisis senario politik negara pasca PRU-14 berdasarkan pengamatan keatas PRK bagi P186 Sandakan dengan menumpukan kepada aspek kerjasama dan persefahaman politik antara parti-parti politik. Melalui penjelasan khusus tentang pola pengundian pasca PRU-14 ini maka adalah diharapkan artikel ini dapat memberi pemahaman tentang perkembangan politik dan pilihanraya semasa di Malaysia secara umumnya dan di Sabah secara khususnya, agar ianya selari dengan prinsip demokrasi sebenar.
Perlembagaan adalah satu dokumen yang sangat penting dalam sesebuah negara. Seseorang warganegara seharusnya memahami perlembagaan dan undang-undang serta menghayatinya bagi memastikan kehidupan bernegara lebih harmoni dan sejahtera. Masyarakat majmuk seperti di Malaysia seharusnya memahami perlembagaan dan juga lunas undang-undang. Ini akan dapat menjadi benteng daripada melakukan perbuatan yang bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang. Bagi memastikan individu dalam masyarakat berkenaan lebih berdisiplin dan beretika dalam bernegara, maka pemahaman perlembagaan dan undang-undang adalah sangat penting. Oleh itu ilmu-ilmu yang berkaitan dengan perlembagaan dan undang-undang seharusnya diajar dan dididik bagi memastikan setiap warganegara mempunyai nilai-nilai yang baik. Bagi memastikan kepentingan ilmu ini difahami dan dihayati oleh setiap masyarakat, maka kajian ini ingin meninjau dan menganalisis pengetahuan masyarakat terutamanya generasi muda terhadap perlembagaan dan undang-undang di Malaysia. Kertas kerja ini akan mendapatkan responden dari kalangan pelajar universiti dalam menilai pengetahuan mereka tentang perlembagaan dan undang-undang sebagai skop terhadap kajian serta penulisan kertas kerja ini. Kertas kerja ini juga akan menganalisis kepentingan perlembagaan dan undang-undang serta merumuskan dapatan kajian berdasarkan kepentingan ilmu tersebut terhadap mahasiswa. Adalah diharapkan agar dapatan kajian ini menyumbang kepada pemantapan keharmonian di negara ini.
Sejarah pembentukan Malaysia merupakan episod penting dalam konteks sejarah negara ini. Sekalipun Persekutuan Malaysia yang dibentuk pada asalnya adalah melibatkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura, tetapi artikel ini hanya akan memberi tumpuan ke-atas Sabah sahaja, khususnya dalam aspek reaksi penduduk di negeri ini terhadap pembentukan persekutuan tersebut dalam dua era yang berbeza iaitu sebelum dan selepas pembentukannya. Penelitian reaksi penduduk Sabah terhadap pembentukan Malaysia sebelum persekutuan adalah berasaskan penelitian terhadap data sekunder yang diperoleh dari akhbar tempatan yang diterbitkan pada ketika itu. Sebaliknya, bagi menilai reaksi penduduk Sabah selepas pembentukan Malaysia adalah berdasarkan penggunaan survei. Berdasarkan penggunaan kedua-dua kaedah tersebut maka adalah ditegaskan bahawa reaksi penduduk Sabah terhadap pembentukan Malaysia adalah pelbagai. Secara keseluruhannya dapatan tersebut memberi gambaran bahawa isu pembentukan Malaysia merupakan isu yang kekal hebat diperkatakan di negeri ini.
Polemik peralihan kuasa merupakan salah satu dinamika dalam perdebatan politik. Ini termasuklah polemik peralihan kuasa luar biasa yang berlaku di beberapa buah negara di Asia Tenggara seperti Indonesia, Filipina dan Thailand. Namun, di Malaysia, hal ini tidak pernah berlaku bila mana demokrasi berperlembagaan yang diamalkan sejak merdeka menjadi teras kepada pemerintahan dan pentadbirannya. Pasca Pilihan raya Umum ke-14 (PRU-14), bagaimanapun, mengubah fakta tersebut apabila isu peralihan kuasa terus mendominasi suasana politik di Malaysia, khususnya peralihan kuasa melibatkan pucuk kepimpinan negara, yakni jawatan Perdana Menteri. Berdasarkan penelitian dokumen sekunder dari pelbagai sumber seperti akhbar dan kenyataan politik di kalangan ahli politik, kertas kerja ini membincangkan tentang sejauh manakah isu peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri itu dapat dianggap luar biasa dalam sistem demokrasi berparlimen. Artikel ini turut membincangkan tentang penerimaan rakyat Malaysia keseluruhannya idea mengangkat kepimpinan dari tanah Borneo sebagai Perdana Menteri serta kaedah sewajarnya bagi mengatasi kemelut peralihan kuasa. Diharap agar dapatan artikel ini menyumbang kepada pelestarian keharmonian berpolitik di negara Malaysia
Sebaik sahaja penubuhan Malaysia, pemimpin Persekutuan yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman-Tun Razak bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan konfrontasi Malaysia-Indonesia, tetapi juga masalah Singapura yang dicetuskan oleh Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew terus menerus mencetuskan provokasi dan tekanan kepada kerajaan pusat sehingga membawa kepada penyingkiran Singapura dari Malaysia. Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya salah seorang pemimpin utama Persekutuan, Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak menganggap Singapura seumpama, ‘duri dalam daging’ selama berada dalam Malaysia. Persoalannya, mengapakah beliau mengungkapkan perumpamaan tersebut? Kertas kerja ini akan menyingkap peristiwa penyingkiran Singapura dari Malaysia (1963-1965), terutamanya dalam aspek peranan yang dimainkan oleh Tun Razak dalam usaha meleraikan isu berkaitan Singapura semasa dalam Persekutuan Malaysia.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
hi@scite.ai
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.