Buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini merupakan buku ilmiah yang menerangkan tentang ilmu ketamadunan, terutamanya tentang tamadun-tamadun di Asia termasuk budaya dan falsafahnya. Buku ini menumpukan kepada perkembangan Tamadun Islam serta interaksinya dengan tamadun-tamadun dunia yang lain.Ia juga menonjolkan Tamadun Islam sebagai contoh utamanya.Buku ini menepati sukatan pelajaran pengajian Tamadun Islam dan Asia yang diwajibkan kepada para penuntut di Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US).Buku ini bertujuan untuk mempercambahkan perbincangan berkaitan ilmu ketamadunan di institusi pengajian tinggi dan membuka minda penuntut tentang pengajian dunia dan memahami aspek-aspek penting ilmu ketamadunan. Pengajian ini juga akan merintis jalan ke arah pemikiran global, kritis, rasional dan terbuka. Setiap bab menyentuh tentang aspek-aspek penting ketamadunan termasuklah sejarah, agama dan falsafah, tradisi dan budaya asli serta kedatangan Barat dan pengaruhnya.Buku ini juga mampu memberi pengetahuan dan gambaran betapa masyarakat Asia umumnya dan masyarakat Islam serta masyarakat Melayu khususnya telah pun mempunyai tamadun sendiri yang unggul dan sesuai dengan keadaan semasa.Oleh itu, diharap buku ini dapat memberi pengetahuan dan pemahaman yang baik tentang keseluruhan konsep dan ilmu ketamadunan.
During the Covid 19 outbreak, religous institution administration is critical to ensure that Muslims' worship and daily activities are correctly carried out. The purpose of this study is to explore the role of MAIK management in creating the 'Standard Operating Procedure' (SOP) policy during the Covid 19 pandemic. This research is conducted in a qualitative manner and focusing on Kedah Islamic Religious Council (MAIK). Interviews with the Kedah Islamic Religious Council (MAIK) were conducted in order to acquire data. According to the findings, MAIK had a significant role in developing and executing SOP policies pertaining to Muslim worship in the state of Kedah. As a result, MAIK’s management approach for dealing with Muslim worship and activities has been successfully executed. However, modifications must be made so that SOP regulations may be managed more efficiently and effectively during pandemics in the future.
AbstrakDalam suasana amalan kewartawanan hari ini, pelbagai tohmahan dan aduan mengenai reputasi wartawan sering menjadi topik persoalan. Kadangkala wartawan dianggap umpama boneka yang sering menjadi bahan permainan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Perkara ini berlaku kerana sifat tamak untuk mengaut keuntungan dan kesenangan bagi sebelah pihak sahaja tanpa menghiraukan etika kerja yang sebenar. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemahaman perlaksanaan etika kerja Islam dan perlaksanaannya terhadap kepuasan kerja di kalangan wartawan Islam media arus perdana dan alternatif. Metodologi kajian menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan borang soal selidik di mana sampel yang diambil sebanyak 221 orang responden yang terdiri daripada masyarakat sekitar negeri Kedah. Hasil dapatan kajian berdasarkan persepsi masyarakat terhadap tahap pemahaman mengenai etika kerja Islam di kalangan wartawan media arus perdana dan alternatif tidak menunjukkan perbezaan di mana responden menyatakan tahap yang sederhana. Namun dari sudut tahap kepuasan responden terhadap wartawan media arus perdana dan alternatif menunjukkan responden menyatakan tahap kepuasan yang tinggi terhadap etika kerja di kalangan wartawan Islam media alternatif berbanding media arus perdana responden menyatakan tahap etika kerja di kalangan wartawan tersebut masih berada di tahap yang sederhana. Secara rumusannya dapatlah disimpulkan bahawa pihak atasan daripada media arus perdana dan alternatif haruslah peka dengan keadaan ini di mana dilihat kepada dapatan kajian menunjukkan tahap pemahaman terhadap perlaksanaan etika kerja Islam di kalangan wartawan Islam media arus perdana dan alternatif berada di tahap sederhana. Begitu juga tahap kepuasan responden terhadap wartawan Islam media arus perdana terutamanya menunjukkan tahap sederhana. Jika dibiarkan ianya akan menyebabkan kerugian kepada premis kerana amalan kerja amat penting dalam Islam untuk menarik pelanggan dan meningkatkan lagi kebolehpercayaan masyarakat terhadap maklumat yang disampaikan.Kata kunci: Etika kerja islam, wartawan, media arus perdana, media alternatif.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.