ABSTRAK:Slogan merupakan satu cara untuk mengungkapkan gambaran mengenai sesuatu produk yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat atau organisasi. Tujuan penciptaan slogan iklan ialah untuk memperkenalkan dan mengingatkan pengguna kepada sesuatu produk yang dihasilkan. Oleh itu, salah satu kaedah yang dilakukan oleh pengeluar ialah dengan cara memperkenalkan slogan iklan yang menarik dan mudah diingati oleh pengguna. Melalui penghasilan slogan iklan yang menarik dan mudah diingati diharapkan dapat mempopularkan lagi sesuatu jenama produk yang ditawarkan oleh pengeluar. Namun begitu, adakah slogan iklan yang dihasilkan menepati maksud yang ingin disampaikan oleh pengeluar? Selain itu, adakah slogan iklan yang dihasilkan memaparkan perlakuan sebenar produk tersebut? Justeru, kertas kerja ini akan mengenal pasti dan menganalisis slogan-slogan iklan yang terdapat di dalam majalah Mingguan Wanita Edisi Khas Syawal 2015 dan Harmoni Edisi Khas Ramadan dan Aidilfitri bagi tahun 2015. Analisis akan dilakukan dengan melihat maksud yang tersurat dan tersirat daripada aspek bahasa yang digunakan di dalam slogan iklan tersebut. Hasil penelitian menunjukkan majalah tersebut banyak memaparkan slogan-slogan iklan produk kosmetik dan kesihatan. Dari segi mesej pula, setiap slogan iklan mempunyai mesej atau maksud tersurat dan tersirat di sebalik slogan yang dihasilkan. Penghasilan sloganslogan sebegini secara tidak langsung telah menjadi ingatan kepada pengguna dan seterusnya dapat meningkatkan lagi penjualan produk-produk keluaran syarikat-syarikat.KATA KUNCI: Slogan iklan, majalah, produk, tersurat, tersirat. PENGENALANSlogan memainkan peranan penting kepada sesebuah syarikat atau organisasi dalam usaha memperkenalkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Penciptaan slogan menjadi kemestian kepada syarikat atau organisasi bagi menarik perhatian khalayak untuk mengenali barangan yang dihasilkan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Slogan biasanya dihasilkan dalam bentuk ayat atau ungkapan yang dicipta oleh pihak syarikat atau organisasi untuk mewakili gambaran ideologi, objektif dan misi sesebuah institusi, persatuan atau parti politik dan sesuatu produk komersial (Indirawati Zahid, 2010). Selain itu, slogan turut mempengaruhi hala tuju sesebuah syarikat atau organisasi. Ia akan menjadi cerminan atau pantulan identiti sesebuah syarikat atau organisasi supaya ia tampil lebih menyerlah lagi.Walaupun perkataan yang digunakan di dalam slogan hanyalah meliputi beberapa patah perkataan sahaja namun ia membawa mesej di sebalik kata-kata tersebut. Ini kerana slogan merupakan kata keramat yang mengandungi segala maklumat utama yang dipadatkan dalam bentuk ayat yang mudah atau ungkapan yang ringkas dan bereufoni (mempunyai bunyi yang indah) bagi tujuan menarik perhatian khalayak (Indirawati Zahid, 2010). Bagi menghasilkan sesebuah slogan yang menarik, baik dan diingati pengguna, penciptaan
Dalam konteks kehidupan, umum sedia maklum bahawa manusia tidak terlepas daripada menghadapi masalah hidup yang antara lain penyebab tercetusnya konflik. Golongan yang amat terdedah kepada konflik ialah golongan remaja. Ini kerana, remaja ialah golongan yang beremosi disebabkan jiwa golongan ini sangat mudah tersentuh sekiranya tersalah didik. Mewakili watak-watak manusia dalam realiti, setiap watak kartun yang dihasilkan merupakan cerminan daripada pandangan umum tentang perihal positif dan negatif yang berlaku dalam masyarakat. Sama seperti karya sastera yang lain, penceritaan dalam kartun juga sedikit sebanyak turut mengetengahkan isu berkaitan konflik yang berlaku dalam kehidupan harian masyarakat yang boleh dijadikan iktibar oleh golongan remaja. Namun, kajian isu konflik dalam kartun masih kurang dilakukan. Disebabkan inilah, maka artikel ini dihasilkan untuk membicarakan tentang konflik keluarga dan masyarakat yang dipaparkan menerusi kompilasi kartun ‘Aku Budak Minang’ karya popular kartunis legenda negara, Ujang. Objektif artikel ini ialah mengklasifikasikan dan menganalisis unsur konflik yang terdapat dalam kartun ‘Aku Budak Minang’ daripada perspektif psikologi menggunakan teori Humanistik Abraham Maslow. Kajian ini telah menggunakan kaedah analisis kandungan dan kajian kepustakaan untuk mendapatkan data yang sesuai dan bertepatan dengan objektif kajian. Hasil kajian mendapati teks kartun ini menyentuh tentang aspek konflik seperti konflik keluarga, konflik diri dan konflik rakan sebaya. Daripada penelitian yang dilakukan juga mendapati bahawa konflik yang berlaku kepada watak mampu ditangani oleh remaja yang berkonflik apabila mereka melihatnya dari sudut yang positif. Analisis yang dilakukan juga mendapati bahawa Ujang berjaya memberikan gambaran tentang masyarakat berdasarkan paparan konflik semasa dalam karyanya ini.
Karya adaptasi kini makin mendapat tempat di kalangan peminat drama. Proses adaptasi memberi dimensi baru dalam dunia seni kerana karya daripada mata pena diolah dan cerna, dijelmakan dan dijadikan dalam bentuk drama. Banyak karya adaptasi yang diutarakan adalah berkisar tentang watak wanita. Ini merupakan teraju penting dalam menggerakkan plot sesebuah cerita. Karya yang dikaji ialah Kampung Girl hasil karya Umi Kalsom. Keseluruhannya karya ini memaparkan nilai positif dan negatif dalam karya. Semua ini menjadi contoh dan teladan kepada berguna kepada masyarakat. Karya sebegini memang popular dan diminati dewasa ini.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
hi@scite.ai
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.