Kompetensi guru merupakan kemampuan dan kecekapan yang harus dimiliki oleh guru dalam menjalankan proses pembelajaran yang meliputi perancangan, pelaksanaan sehingga kepada penilaian pembelajaran. Kompetensi guru yang berkualiti dalam melaksanakan sistem pengajaran akan memberi impak kepada kemenjadian murid. Walau bagaimanapun, kajian sedia ada masih belum mencukupi bagi mengkaji secara sistematik literatur berkaitan tahap kompetensi guru dalam pengajaran konsep matematik. Ini menyerlahkan nilai kajian ini yang bertujuan untuk menjalankan tinjauan literatur yang sistematik tentang tahap kompetensi guru dalam pengajaran konsep matematik. Kajian menggunakan dua pangkalan data terkemuka iaitu Scopus dan Web of Science digunakan untuk mencari artikel 2018 hingga 2022. Data pencarian dianalisis melalui kaedah Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA) dan hanya 42 artikel yang memenuhi kriteria. Kajian ini mendapati faktor kompetensi pedagogi merupakan faktor yang mempunyai frekuensi paling tinggi berbandingan faktor yang lain. Cadangan pada masa hadapan harus memberi lebih perhatian kepada semua faktor yang menyumbang bagi meningkatkan pencapaian matematik di semua peringkat.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
hi@scite.ai
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.