Ujaran yang terdapat dalam skrip drama Bahasa Melayu seringkali sukar untuk difahami maknanya secara jelas dan tepat. Pembaca dan pendengar berusaha untuk memahami keseluruhan ujaran yang terdapat dalam skrip drama, terutamanya ujaran yang mempunyai makna implisit, adakalanya usaha mereka tersebut gagal kerana tidak mengetahui kaedah yang betul bagi menginterpretasi makna penutur yang terdapat pada ujaran-ujaran tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menjelaskan makna penutur bagi ujaran tak langsung yang terdapat dalam skrip drama. Kajian ini menggunakan pendekatan pragmatik. Data kajian merupakan enam ujaran terpilih yang terdapat dalam skrip drama hasil tulisan Usman Awang (1988), iaitu Bulan Tetap Bersinar dan Serunai Malam, juga skrip drama hasil tulisan Mustapha Kamil Yassin (1990), iaitu Bujur Lalu Melintang Patah, Atap Genting Atap Rumbia dan Jalan yang Benar. Teknik analisis dokumen digunakan untuk meneliti setiap ujaran yang terpilih. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa makna penutur bagi ujaran tak langsung yang terdapat dalam skrip drama dapat ditafsirkan berdasarkan konteks dan niat penutur. Konteks tersebut ialah konteks fizikal dan persekitaran, konteks sosial dan budaya serta konteks linguistik. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa pentafsiran makna penutur bagi ujaran tak langsung dapat dibahagikan kepada dua cara, iaitu pertama; tafsiran berdasarkan konteks dan niat penutur. Kedua; tafsiran berdasarkan niat penutur sahaja. Kajian ini penting dijalankan bagi memberi panduan dan pendedahan kepada peminat drama Melayu untuk menginterpretasi makna penutur bagi ujaran-ujaran tak langsung yang terdapat dalam skrip drama berpandukan prinsip pragmatik.
Culture is an essential part of conflict and conflict resolution. Culture is in our lives and relationships, giving us messages that shape our perceptions, attributions, judgments, and ideas of self and others. Though cultures are powerful, they are often unconscious, influencing conflict and attempts to resolve conflict in imperceptible ways. Two things that are essential to remember about culture: they are always changing, and they relate to the symbolic dimension of life. The symbolic dimension is the place where we are constantly making meaning and enacting our identities. Cultural messages from the groups we belong in giving us information about what is meaningful or important, and who we are in the world and in relation to others. Therefore, this paper will discuss the culture conflict undergo by children in Malaysia arise from different cultural groups i.e ethnicity, from generation, socioeconomic class, sexual orientation, ability and disability, and religious affiliation, language, and gender. The study sample comprises from 30 primary school students from three locations; urban, city and rural areas in Malaysia. Data were gathered using recording, interview, and questionnaire. Data will be analysed by using socio-pragmatic approach. The outcome of the research also indicated that aspects of context and cognition have also played an important role to overcome the cultural conflicts among Malaysian children.
ABSTRAKPeristiwa komunikatif wawancara merupakan suatu peristiwa dua hala yang bersifat interaktif. Dalam peristiwa komunikatif wawancara, pola komunikasi yang diujarkan melalui lakuan bahasa tertentu memberi makna mengikut maksud ujaran daripada pemeran. Komunikasi berkesan dapat mengungkap persoalan siapa, bila, bagaimana, dan apa yang dapat menjelaskan segala keraguan dalam sesuatu pola komunikasi. Ini secara tidak langsung menyentuh kepada penelitian terhadap komponen dalam peraturan interaksi. Justeru, persoalan tentang etiket bahasa perlu diberi penekanan, kerana etiket bahasa memberi perhatian kepada cara-cara bahasa diungkapkan, berteraskan peraturan sosial dan budaya komuniti penuturnya. Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan dan menjelaskan peraturan interaksi melalui pola komunikasi yang diujarkan oleh pemeran dalam peristiwa komunikatif. Tumpuan kajian adalah terhadap wawancara dalam akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia dengan memberi penelitian terhadap peraturan interaksi yang terdapat dalam peristiwa komunikatif wawancara akhbar. Analisis data dilakukan dengan mengikut pendekatan etnografi komunikasi, dengan memberi tumpuan hanya kepada satu komponen, iaitu komponen norma interaksi. Berdasarkan kajian peristiwa komunikatif wawancara dalam akhbar ini didapati peraturan interaksi melalui penggunaan bahasa lisan dalam suasana formal dapat menyumbang kepada keberkesanan komunikasi dalam suatu hubungan sosial yang diseimbangkan dengan pemahaman terhadap latar budaya pemeran. Ini menjelaskan bahawa etiket bahasa amat dititiberatkan dalam mencapai matlamat suatu perbincangan yang interaktif. Kebijaksanaan pemeran dalam mematuhi peraturan interaksi yang menjadi nilai tradisi suatu komuniti dapat dimanfaatkan untuk memastikan komunikasi berkesan dicapai. Bahkan dalam suatu perbincangan interaktif kematangan setiap pemeran memberi hujah dapat dinilai daripada kemampuan pemeran memahami budaya yang melatari komuniti tertentu.Kata Kunci: peristiwa komunikatif; pola komunikasi; peraturan interaksi; etiket bahasa; hubungan sosial
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.