Abstract:The purpose of this study is to create a model for measuring suburban teachers' commitments in Kelantan, Malaysia. In this quantitative analysis, a cross-sectional study design was adopted. A total of 182 teachers from elementary schools in the Pasir Puteh district of Kelantan were selected using a stratified random sample procedure to complete the online questionnaire. The data was gathered and evaluated using SEM AMOS, which revealed that 19 of the 24 indicated behaviours are acceptable. Finally, the study's… Show more
“…Semua pekerja yang sentiasa komited akan berusaha keras demi mencapai matlamat organisasi mereka (Meyer & Allen, 2004). Cara pendidik bertindak balas terhadap kerjaya mereka adalah bukti komitmen dalam bidang pendidikan (Ismail et al, 2022). Komitmen guru boleh ditakrifkan sebagai kesetiaan kepada sekolah yang mereka berkhidmat dan juga etika kerja mereka.…”
Kajian ini dijalankan untuk menentukan tahap kepimpinan distributif guru besar dengan tahap komitmen guru di sekolah rendah di negeri Perak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik. Penulis mengambil sampel 100 guru daripada populasi 385 guru dari empat sekolah berbeza. Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Soal selidik telah dihantar dalam format borang Google dan kesahihan dan kebolehpercayaannya telah disemak. Data telah direkodkan dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 6.0 dan ditafsirkan secara diskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan keempat- empat sekolah mempunyai amalan kepimpinan distributif yang tinggi. Tahap penglibatan guru berada pada tahap sederhana tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan distributif guru besar dengan komirmen guru: r (100) = 0.771, p>0.01. Kajian mendapati bahawa di sekolah rendah di Ipoh, Perak, guru besar telah mengamalkan kepimpinan distributif dan pada masa yang sama, komitmen guru berada pada tahap yang tinggi.

“…Komitmen dalam bidang pendidikan boleh dilihat dalam reaksi guru terhadap profesionnya (Ismail et al, 2022). Komitmen guru dapat dijelaskan sebagai simbol ketaatan dan kepatuhan kepada sekolah berkhidmat serta simbol etika kerja (Simpson et al, 2022).…”
Guru besar masih kurang jelas tentang kepimpinan distributif yang cenderung kepada pertanggungjawaban bersama lalu menjejaskan komitmen guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan distributif guru besar dan hubungannya dengan tahap komitmen guru SJKC. Informasi kajian dapat dijadikan rujukan KPM dalam menilai keberkesanan amalan kepimpinan distributif mengikut kondisi Malaysia. Kajian ini berbentuk tinjauan dan mengaplikasikan pendekatan kuantitatif. Borang soal selidik dalam bentuk Google Form telah diedarkan kepada 291 orang guru daripada 1195 populasi secara rawak mudah. Data kuantitatif yang dikumpulkan telah ditafsirkan secara deskriptif dan inferensi dengan perisian SPSS versi 26. Kajian melaporkan tahap amalan kepimpinan distributif guru besar (min=4.17, sp =0.44) pada tahap tinggi. Manakala tahap komitmen guru (min=3.57, sp =0.71) pada tahap sederhana tinggi. Analisis Spearman Rho menunjukkan terdapat hubungan positif kuat yang signifikan antara amalan kepimpinan distributif guru besar dengan tahap komitmen guru (r = 0.617, p > 0.05). Kesimpulannya kajian ini membuktikan wujudnya hubungan positif kuat antara amalan kepimpinan distributif guru besar dengan komitmen guru SJKC. Amalan kepimpinan distributif terbukti sesuai dengan perubahan dan tuntutan semasa demi memupuk pemimpin berkualiti serta berupaya memupuk komitmen guru. Hasil kajian memberi mesej kepada KPM bahawa amalan kepimpinan distributif boleh meningkat kualiti pemimpin lalu memupuk komitmen guru. KPM perlu menyebarkan amalan kepimpinan distributif secara meluas kepada pemimpin sekolah mahupun pemimpin pertengahan dengan program yang sesuai. Kajian lanjutan boleh mengkaji ciri-ciri demografi yang mempengaruhi tahap amalan kepimpinan distributif dan komitmen guru.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.