“…Kumpulan literatur perumahan Malaysia merangkumi pelbagai aspek kajian. Di antaranya, terdapat para penyelidik yang telah mengkaji mengenai masalah kemampuan memiliki rumah (Wan Abd Aziz, 2007;Zyed et al, 2012;Zyed et al, 2016), kepuasan pemilik rumah (Abdul Karim, 2008;Salleh, 2008;Teck-Hong, 2012), pembiayaan perumahan (Thillainathan, 1997), typology (Chuon et al, 2017) dan penyediaan perumahan (Yahaya, 1989;Abdul-Aziz & Jahn Kassim, 2010;Hamzah & Murphy, 2014). Manakala, kajian menyeluruh tentang sektor perumahan telah dijalankan sebanyak dua kali oleh Cagamas dalam kajian bertajuk "Housing the Nation" pada tahun 1997 dan 2013 serta Khazanah Research Institute bertajuk "Making Housing Affordable" pada tahun 2015.…”