“…Berdasarkan Rajah 6, terdapat sembilan interpretasi berbeza berkenaan dengan definisi penjanaan masalah di bidang pendidikan matematik. Interpretasi yang paling banyak digunakan adalah bahawa keupayaan pelajar menjana masalah merupakan sumber pemikiran aras tinggi iaitu berfikir kreatif (Amalina, Amirudin, & Budiarto, 2018;Awi et al, 2018;Azlina, Amin, & Lukito, 2018;Dewi & Marsigit, 2018;Fauziah et al, 2019;Hendriana et al, 2019;Isnani, Waluya, & Rochmad, 2020;Nuha, Waluya, & Junaedi, 2018;Pelczer, Singer, & Voica, 2013;Puspitasari et al, 2019;Titikusumawati et al, 2019;Toheri, Widodo, & Arif, 2020;Ulfah, Prabawanto, & Jupri, 2017;Van Harpen & Sriraman, 2013). Interpretasi kedua tertinggi berkait dengan keupayaan menjana masalah ialah keupayaan berfikir secara menyeluruh dimulakan dengan membina masalah diteruskan dengan menyelesaikan masalah yang dibina (Amalina, Amirudin, & Budiarto, 2018;Candiasa, Santiyadnya, & Sunu, 2018;Dewi & Marsigit, 2018;Fauziah et al, 2019;Zahra & Md Nor Bakar, 2013;Gonzales, Gomez, & Alex, 2016;Hendriana et al, 2019;Nuraeni & Rosyid, 2019;Pelczer, Singer, & Voica, 2013;Siswono, Hartono, & Kohar, 2019;Titikusumawati et al, 2019).…”