“…Undang-undang juga telah digubal di bahagian Nusantara seperti Undang-Undang Melaka terdiri daripada 44 fasal dan mengandungi enam bahagian yang berbeza, iaitu Undang-Undang Melaka (fasal 1-23), sebahagian daripada Undang-Undang Laut (fasal 23, p.3-5, 24, p.1-2 dan 29), Hukum Perkahwinan Islam (fasal 25-28), Jual beli dan Hukum Acara (fasal 30-42, dan 43:1, Undang-Undang Negeri (43:2-8 dan 44, p.1-8) dan Undang-Undang Johor (fasal 44, p.9-11) (Abubakar, 2018). Di samping itu, terdapat juga Undang-Undang Tanjung Tanah yang umumnya berkaitan hukuman bagi orang yang melakukan kejahatan (Kozok, 2006).…”