Peredaran zaman yang pantas menuntut golongan pendakwah untuk lebih kreatif dalam penyebaran agar khususnya dalam konteks akidah Islamiah. Antara golongan yang sering kali dilihat terpinggir daripada mendapatkan bimbingan yang kukuh ialah anak-anak mualaf yang kini semakin meningkat jumlahnya. Malangnya, kekurangan penggunaan media sosial dan teknologi komunikasi terkini telah menyebabkan kelemahan bimbingan yang disampaikan kepada mereka. Oleh yang demikian, matlamat penulisan kertas kerja ialah mengkaji tentang pengaplikasian teknologi dan penggunaan media sosial sebagai pendekatan dakwah semasa bagi membimbing akidah anak-anak mualaf. Kaedah kajian kepustakaan dan temu bual digunakan bertujuan mengumpul data untuk dianalisis mengikut metode analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan dakwah yang boleh digunakan hendaklah bertepatan dengan fitrah dan tahap kemampuan diri anak-anak mualaf. Pendekatan bimbingan juga hendaklah selari dengan peredaran zaman kanak-kanak masa kini. Hasil kajian mencadangkan agar golongan pembimbing masa kini perlu memanfaatkan ICT sedia ada sebagai bagai alat bantu dakwah secara kreatif dan efektif. Hal ini penting bagi memastikan proses bimbingan terus berlangsung, sekali gus memperkukuhkan keimanan dan keyakinan anak-anak mualaf terhadap ajaran Islam