The aims of this study is to identify students’ interest and attitude on the used of teaching aids in the learning and facilitation session in Physical Education subject. This study was a quantitative study which conducted by survey method using a questionnaire as the research instrument. Data obtained were analyzed on a descriptive basis by using the percentage and Pearson correlation test was also conducted to identify the relationship between students' interests and attitudes towards the use of teaching aids in the learning and facilitation session. The selection of the study respondents were conducted through group random sampling which involve eighty (80) Form 2 students. The results of the study found that respondents have a high level of acceptance of attitude and interest in the use of teaching aids in the learning and facilitation session of Physical Education subjects at the stage of interpretation of high mean scores; 3.68 - 5.00. In addition, the analysis of Pearson correlation shows that there was a moderate positive relationship between students' interest and attitude towards the use of teaching aids in Physical Education (r = 0.632, p <0.05). In conclusion, the findings of the study shows that the level of student acceptance in terms of attitude and interest in the use of teaching aids in the learning and facilitation session of Physical Education subjects was at high level. This indirectly shows that by using teaching aids in the classroom can increase the motivation and interest towards the subject’s content. These findings provide input to teachers on the importance of integrating the teaching and facilitation methods with the appropriate, effective and practical teaching aids to increase students' interest, attitude and motivation during teaching and facilitation.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerimaan minat dan sikap pelajar terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang dijalankan secara kaedah kajian tinjauan iaitu menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Data yang diperolehi dianalisis berasaskan deskriptif asas dengan melihat kepada peratusan dan ujian kolerasi Pearson juga dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara minat dan sikap pelajar terhadap penggunaan BBM dalam sesi PdPc. Pemilihan responden kajian dijalankan secara persampelan rawak berkelompok bertujuan yang melibatkan 80 orang pelajar Tingkatan 2. Hasil kajian mendapati bahawa responden mempunyai tahap penerimaan sikap dan minat yang tinggi terhadap penggunaan BBM dalam sesi PdPc mata pelajaran Pendidikan Jasmani iaitu masing-masing dengan nilai skala penerimaan berada pada tahap interpretasi skor min tinggi; 3.68 - 5.00. Selain itu, analisis ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang sederhana antara minat dan sikap pelajar terhadap penggunaan BBM dalam Pendidikan Jasmani (r = 0.632, p<0.05). Secara kesimpulan, dapatan kajian menunjukkan tahap penerimaan pelajar dari segi sikap dan minat terhadap penggunaan BBM dalam sesi PdPc mata pelajaran Pendidikan Jasmani berada di tahap yang tinggi. Ini secara tidak langsung menggambarkan dengan penggunaan BBM dalam kelas, ianya dapat meningkatkan kesungguhan dan minat yang tinggi terhadap kandungan mata pelajaran. Dapatan ini dapat memberi input kepada para guru tentang kepentingan mengintegrasi kaedah PdPc dengan penggunaan BBM yang sesuai, berkesan dan praktikal bagi meningkatkan minat, sikap dan motivasi pelajar semasa PdPc.