“…Perkembangan pengetahuan dan kemahiran pemikiran komputasional pada peringkat awal pelajar, dipercayai dapat membina asas untuk pelajar menerapkan pendekatan penyelesaian masalah yang sistematik dan memupuk kemahiran berfikir yang lebih tinggi (Naughton, 2012;Falloon, 2016). Ini dibuktikan dengan beberapa kajian luar yang mendapati bahawa pemikiran komputasional boleh diterapkan kepada pelajar seawal usia 4 hingga 6 tahun iaitu ketika pra sekolah (Bers, 2010;Kazakoff et al, 2012;Bers et al, 2014;Muñoz-Repiso & Caballero-González, 2019;Bers, 2020), kepada pelajar sekolah rendah (Yadav et al, 2011;Falloon, 2015;Kafai, 2016;Chalmers, 2018), pelajar sekolah menengah (Yevseyeva & Towhidnejad, 2012;Curzon, 2013;Towhidnejad et al, 2014;Rode et al, 2015), pelajar universiti (Morreale, Joiner, & Chang, 2010;García-Peñalvo & Mendes, 2018), malahan kepada guru (Mannila et al, 2014;Yadav et al, 2014Yadav et al, , 2017Angeli et al, 2016).…”